Telur Dadar Ala MARIGOLD

Bahan-bahan

1/5 sudu kecil (1g) serbuk penaik

1 sudu kecil (6ml) sos ikan

4 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD

4 biji (200g) telur ayam

3/4 cawan (187ml) minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Campurkan serbuk penaik, sos ikan dan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Gaul dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. Kemudian, tuang campuran susu dan kacau dengan sebati.
  3. Tuang minyak ke dalam kuali dan panaskan sehingga 170?C. Cedok 2 senduk (65ml) adunan telur, goreng dan balikkan selama 1-2 minit. Ulang langkah ni sehingga adunan habis.
  4. Hidang panas-panas bersama nasi atau mee goreng.
Tip Chef:

Letak telur dadar atas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 6-8