Brazilian Lemonade dalam
3 Hidangan

Masa penyediaan: 5 minit
Hidangan: 3 - 4

Brazilian Lemonade

Bahan-bahan

  • 2 cawan (500ml) air sejuk
  • 1/4 cawan (60ml) jus limau nipis (lebih kurang 4 biji)
  • 1/2 biji limau nipis, dibuang lapisan putih kulit
  • 1/2 cawan (125ml) Krimer Manis MARIGOLD
  • 3/4 cawan (200ml) kiub ais
  • Hirisan dan parutan kulit nipis, untuk hiasan 

Cara Penyediaan

  1. Campurkan jus limau, ½ biji limau nipis dan air sejuk ke dalam mesin pengisar. Kisar selama 5 saat (tidak dikisar lama).
  2. Tapis bahan kisaran menggunakan alat penapis halus ke dalam jag untuk di ambil jusnya.
  3. Tuang semula jus ke dalam mesin pengisar dan campurkan dengan Krimer Manis MARIGOLD. Kisar sehingga sedikit berbuih.
  4. Tambah kiub ais dan kisar lagi sehingga halus.
  5. Serikan minuman dengan hirisan dan parutan limau nipis. Hidang serta merta.

Aiskrim Brazilian Lemonade

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan (60ml) Krimer Manis MARIGOLD
  • 1/4 cawan (60ml) Susu Isian Sejat MARIGOLD
  • 1 cawan (250 ml) Brazilian Lemonade (lihat resipi di atas)

Cara Penyediaan

  1. Tuang Krimer Manis MARIGOLD,
    Susu Isian Sejat MARIGOLD dan Brazilian Lemonade ke dalam jag. Kacau sehingga kesemuanya sebati.
  2. Penuhkan setiap acuan aiskrim dengan bahan campuran.
  3. Akhir sekali, letak batang aiskrim dan bekukan sehingga keras, sekurang-kurangnya selama 6 jam.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 6 jam (Pembekuan)
Hidangan: 4
Masa penyediaan: 5 minit
Hidangan: 6

Yogurt Buah-Buahan dengan Brazilian Lemonade

Bahan-bahan

  • 4 Yogurt Lemak Rendah Perisa Asli MARIGOLD (135g setiap satu)
  • 3 sudu besar Brazilian Lemonade (lihat resipi di atas)
  • 2 biji kulit limau nipis, diparut
  • 1 cawan granola
  • 1 cawan buah kiwi dan mangga segar, dipotong dadu
  • Daun pudina untuk hiasan

Cara Penyediaan

  1. Satukan Yogurt Lemak Rendah Perisa Asli MARIGOLD, Brazilian Lemonade dan parutan limau nipis.
  2. Kemudian, bahagikan sama rata campuran yogurt, granola dan buah-buahan ke dalam 6 gelas. Hidang sejuk.